suria

Lagu 'My Way' untuk pujuk hati suami

Amy tujukan lagu Frank Sinatra 'My Way' untuk pujuk suaminya.
Amy tujukan lagu Frank Sinatra 'My Way' untuk pujuk suaminya.
Amy tujukan lagu Frank Sinatra 'My Way' untuk pujuk suaminya.

HABIS sudah ikhtiar untuk memujuk suami tersayang, penyanyi bermasalah Amy Winehouse terpaksa menggunakan lagu Frank Sinatra pula untuk menyejukkan hati suaminya, Blake Fielder-Civil.

Blake yang telah memfailkan penceraian pada bulan Januari tahun ini kerana geram dan cemburu isterinya bermain gila dengan bekas pemain ragbi, Joshua Bowman, ketika Amy bercuti panjang di sebuah pulau Caribbean.

Amy, yang bagaikan tidak tenteram perasaannya, kini berusaha untuk memulihkan rumahtangganya. Beliau bergegas pulang ke London setelah mendapat khabar yang Blake telah failkan penceraian terhadapnya.

Kini, penyanyi yang popular dengan lagu 'Rehab' dalam ikhtiar terakhirnya untuk menyelamatkan ruamhtangganya yang hampir musnah itu.

Agaknya setelah habis ikhtiar, Amy telah menghantar lirik lagu 'My Way' beserta pesanan suara dengan lagu itu berkemundang sebagai lagu latar.

"Dia masih percaya yang Blake satu-satunya lelaki yang sesuai untuknya. Dia yakin yang dia boleh memenangi hati Blake semula," kata kawan rapatnya.

Artikel Lain