suria

Haruman baru dari Halle Berry mengasyikkan

Sampai masanya Halle Berry ada haruman sendiri.
Sampai masanya Halle Berry ada haruman sendiri.
Sampai masanya Halle Berry ada haruman sendiri.

SUDAH ramai barisan nama aktres Hollywood yang mempunyai wangian mereka sendiri seperti Elizabeth Taylor, Britney Spears, Jennifer Lopez, Celine Dion dan Angelina Jolie.

Kini giliran Halle Berry pula diberi peluang untuk mengenalkan wangiannya.

Namun wangian ini memakan masa yang lama dari selebriti lain kerana ia sepatutnya mengimbau kenangan di pantai, kata satu sumber.

"Sebelum wangian ini dikeluarkan, saya sudah ada idea untuk haruman yang menggunakan bauan fig dan mimosa.

"Untuk haruman 'Halle' akar dari pohon Afrika bernama olibanum juga dicampur bersama wangian sandalwood. Baunya sungguh harum dan mengasyikkan.

"Haruman ini begitu menggairahkan dan natural," kata Halle.

Ramuan asas bagi wangian 'Halle' ini adalah campuran Sicilian bergamot, daun fig dan haruman buah pir. Juga disebatikan dengan kelopak freesia, bunga raya dan mimosa.

Artikel Sebelum

Artikel Lain