suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amy Winehouse naik angin tak tentu pasal dalam pesawat

Belum sempatpun sampai ke Britain, Amy telah bergaduh dengan seorang penumpang yang menaikki pesawat yang sama.
Belum sempatpun sampai ke Britain, Amy telah bergaduh dengan seorang penumpang yang menaikki pesawat yang sama.
Belum sempatpun sampai ke Britain, Amy telah bergaduh dengan seorang penumpang yang menaikki pesawat yang sama.

ADA-ADA saja gelagat penyanyi bermasalah Amy Winehouse. Setelah suaminya, Blake Fielder-Civil disumbat di penjara, Amy menghabiskan masa di pulau Carribean di mana dia dilaporkan jatuh hati dengan seseorang di sana.

Amy sanggup menghabiskan selama 71 hari bersantai dan bercuti di pulau carribean, St Lucia itu sehingga melupakan segala-galanya.

Kemudian timbul pula cerita dia hendak bercerai kerana suaminya tidak tahan mendengar berita yang Amy asyik berpoya-poya di luar sana.

Terakhir kisah, Amy ingin memalukan suaminya di mahkamah seandainya dia tidak dapat menuntut ceria.

Terbaru Amy tergesa-gesa ingin pulang ke Britain untuk menyelesaikan masalahnya dengan Blake pula.

Tapi belum sempat pun sampai ke Britain, Amy telah bergaduh dengan seorang penumpang yang menaiki pesawat yang sama.

Seorang teman Amy berkata, tiba-tiba saja penyanyi berusia 25 tahun itu mengamuk.

"Amy mengamuk kerana sangkanya lelaki itu memberi dia pandangan yang pelik dan dia terus dia naik angin.

"Sebenarnya perasaan Amy tidak menentu bila memikirkan hendak berjumpa dengan Blake semula.

"Jadi, tak semena-mena bila ada yang tidka kena, diapun melenting," kata kawan Amy itu.

Amy sampai di kota London jam 7.20 pagi dan sesampainya di sana, dia terus menjerit, "Saya cintakan London lebih dari segala-galanya di dunia."

Artikel Sebelum

Artikel Lain