suria

Arjun minta maaf kepada Bachchan

Arjun meminta maaf kepada idolanya Amitabh Bachchan kerana terlupa menyebut nama veteran itu pada majlis penyampaian Anugerah baru-baru ini.

MODEL dan aktor Bollywood Arjun Rampal meminta maaf kepada pelakon veteran Amitabh Bachchan kerana terlupa menyebut nama veteran itu ketika dia memenangi pelakon pembantu terbaik di Anugerah 54th Idea Filmfare pada Isnin lepas.

Perkara ini dijelaskan oleh Bachchan dalam blognya www.bigb.bigadda.com dari kediamannya Prateeksha residence baru-baru ini.

"Setelah habis majlis, saya mendapat SMS dari Arjun. Beliau menyatakan betapa bertuahnya dia kerana saya merupakan sumber inspirasinya dan bagaiman kesalnya dia kerana terlupa menyebut semua itu dalam ucapannya.

"Dia terlupa menyebut nama saya kerana terlalu teruja pada saat itu. Saya rasa sungguh terharu membaca SMSnya," kata Bachchan dalagi.

Arjun mendapat anugerah itu kerana watak yang dibawanya sebagai seorang pemuzik yang menganggur dalam filem Abhishek Kapoor bertajuk "Rock On!!" sehingga terlupa menyebut Bachchan adalah sumber inspirasinya.

"Saya balas SMSnya dan mengingatkannya supaya tidak lupa saat-saat kepayahannya sebelum dia mengecapi kejayaan seperti sekarang.

"Saya juga memberitahunya agar saya sepatutnya menjadi sumper inspirasinya sepanjang kariernya," kata Bachchan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain