suria

Kelly Rowland hilang sabar, marah petugas keselamatan depan orang ramai

Kelly memarahi petugas keselamatan di karpet merah Festival Filem Cannes.

KEMUNCULAN penyanyi Kelly Rowland di acara karpet merah Festival Filem Cannes pada malam Selasa mencuri perhatian ramai.

Kelly Rowland hilang sabar apabila dirakam memarahi seorang petugas keselamatan ketika melalui acara karpet merah Festival Filem Cannes pada malam Selasa.

Punca Kelly 'meletup' dipercayai selepas petugas tersebut berulang kali menghampiri meminta berjalan tanpa menghiraukan jurugambar uang sedang mengambil gambarnya.

Kelly melepaskan kemarahan di depan khalayak ramai.

Kelly melepaskan kemarahan di depan khalayak ramai.

Bekas anggota kumpulan Destiny Child itu jelas kelihatan tidak selesa dengan arahan diberikan kepadanya namun cuba bersabar.

Selepas beberapa kali diminta beredar, Kelly kemudiannya menuruti sebelum petugas berkenaan berjalan di sebelah sebelum penyanyi itu memarahinya sambil mengangkat jarinya ke arah mukanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Heels' 8 inci punya fasal, pelakon 'Transformers' dapat malu jatuh di karpet merah Oscar

ARTIKEL BERKAITAN: Gaun aluminium foil Michelle Yeoh curi perhatian di Met Gala, Rita Ora pula disangka berbogel

Kelly dan petugas keselamatan wanita itu turut dilihat bertikam lidah sebelum pengiring artis itu menghampiri mereka.

Petugas tersebut yang kelihatan malu dimarahi di khalayak ramai kemudiannya beredar sementara Kelly dilihat masih tidak berpuas hati dan terus membebel.

Kelly berada di festival tersebut bagi tayangan perdana filem lakonannya berjudul Marcello Mio.

Festival yang sedang berlangsung di Cannes, Perancis itu dihadiri barisan selebriti terkemuka dunia termasuk Tan Sri Michelle Yeoh, Han So Hee, Cate Blanchett, Bella Hadid dan Demi Moore.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain