suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi Hong Kong hilangkan diri, polis temui Nathan Ngai berdiri atas tembok

Nathan (kanan) ditemui dalam keadaan selemat.

KEHILANGAN penyanyi Hong Kong iaitu Nathan Ngai sejak beberapa hari lalu menimbulkan kekecohan dalam kalangan peminat yang bimbang akan keselamatan dirinya.

Penyanyi berusia 26 tahun itu bertindak memadam semua perkongsian di media sosial dan meninggalkan mesej terakhir dipercayai nota bunuh diri.

"Perasaan bercampur-baru, sukar untuk dilepaskan. Minta maaf atas segalanya. Selamat tinggal dunia," tulisnya.

nathan 2

Nama Nathan mula menjadi bualan sejak tahun lalu.

Susulan itu, ahli keluarga membuat laporan polis dan pencarian dilakukan pihak berkuasa bagi memastikan keadaan Nathan selamat.

Bagaimanapun pihak berkuasa berjaya menemui Nathan sedang berdiri di sebuah tembok di persisiran pantai Shan Tseng beberapa jam selepas dia dilaporkan hilang pada 18 Mac lalu.

Tindakan nekad Nathan mahu menamatkan nyawanya dipercayai ada kaitan dengan kekasihnya dikenali sebagai Jessie yang meninggal dunia pada Mei tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cekap di dapur, Jungkook BTS galas tugas memasak di kem tentera

ARTIKEL BERKAITAN: 5 tahun meringkuk dalam penjara, Jung Joon Young akhirnya bebas

Mendiang dilaporkan meninggal dunia akibat berdepan tekanan sepanjang Nathan bertanding dalam sebuah program realiti TV.

Nathan dikatakan pernah meminjam sejumlah wang daripada Jessie sebelum meminta wanita itu memadam semua perkongsian berkaitan kisah cinta mereka di media sosial.

Nathan menjadi bahan makian netizen apabila menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Day hanya sebulan selepas kematian Jessie.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain