suria

Cekap di dapur, Jungkook BTS galas tugas memasak di kem tentera

Jungkook berkhidmat sebagai tukang masak tentera.

SELEPAS tiga bulan menjalani latihan ketenteraan, anggota kumpulan BTS Jungkook dilaporkan diberi tugas baharu iaitu sebagai tukang masak.

Sumber memaklumkan penyanyi berusia 27 tahun itu diberi tanggungjawab berkenaan kerana Jungkook sememangnya pandai memasak.

Malah rakan-rakan satu unit dengannya dalam kem tersebut menyukai masakan dibuat Jungkook.

Untitled design (92)

Jungkook kerap memasak untuk anggota BTS yang lain.

Sebelum ini juga, Jungkook sering mempamerkan kemahiran memasak kepada peminat dan tidak lokek berkongsi resipi menerusi Instagram dan Weverse.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Seven itu menerusi Weverse memberitahu peminat dia kini giat bersenam selain menjalankan tugas hakiki dalam kem.

"Saya sedang bekerja keras untuk bersenam dan membersihkan kawasan kem hingga ke siling.

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS kecewa peminat bersidai depan rumah, enggan tunjuk potongan rambut sebelum masuk kem tentera

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook dan V tayang dada sebelum masuk kem tentera, ucap selamat tinggal kepada peminat

"Saya turut memasak dengan baik," katanya.

Jungkook merupakan antara ahli BTS yang terakhir menyertai kem latihan tentera iaitu pada Disember tahun lalu di kem latihan Yeoncheon, Korea.

Kumpulan kpop sensasi itu dijangka bakal membuat kemunculan semula pada Jun 2025 selepas Jungkook dan Jimin menamatkan latihan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain