suria

Pink hentikan persembahan, peminat bersalin di tapak konsert

Pink memberi penghormatan buat peminat yang ingin melahirkan cahaya mata.

PENYANYI Pink terpaksa menghentikan persembahan konsert yang berlangsung di Australia gara gara-gara seorang peminatnya ingin melahirkan bayi.

Pink atau Alecia Beth Moore Hart, 45, sempat memberikan semangat untuk peminat wanita itu dan mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya matanya.

"Ia sangat mengujakan. Saya pun tidak tahu cakap apa. Semoga berjaya. Ia akan menjadi sesuatu yang hebat. Anda (peminat) boleh lakukanya (bersalin) dengan baik," katanya.

pink1 - 1

Pink sempat menghiburkan peminatnya di Sydney, Australia.

Video penyanyi berkenaan menghentikan persembahannya di tengah-tengah acara di Sydney pada Jumaat lalu menjadi tular di media sosial.

Malah, penyanyi lagu So What itu turut berkongsi momen tersebut menerusi foto yang dimuat naik di Instagram miliknya dan meluahkan rasa teruja kerana dapat menjadi saksi kelahiran bayi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pink hampir mati sebab dadah, masalah keluarga punca mula terjebak

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Pink terhenti seketika, peminat lempar bungkusan abu mayat ibu ke atas pentas

"Persembahan kami membantu membawa seorang bayi lahir ke dunia. Saya sangat gembira kerana menjadi saksi berada di sini," ujarnya.

Untuk info, ini adalah kali kedua seorang peminat bersalin sewaktu menghadiri persembahannya.

Pada Ogos tahun lalu, seorang peminat yang dikenali sebagai Angela Mercer bersalin di persembahan konsert Pink yang diadakan di Boston, Amerika Syarikat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain