suria

Bekas suami serah bukti kes kematian anak, anggap kekasih Tamara Tyasmara seperti binatang

Angger mahu pembunuh anaknya mendapat balasan setimpal.

BEKAS suami kepada pelakon Tamara Tyasmara iaitu Angger Dimas tampil menyerahkan bahan bukti kepada pihak berkuasa bagi siasatan kes kematian melibatkan anak mereka, Dante, 6 tahun pada 27 Januari lalu.

Angger yang merupakan pemuzik bagaimanapun enggan menjelaskan bahan bukti berkenaan sehingga polis selesai menjalani sisaatan.

"Dokumen sokongan sudah saya hantar untuk keperluan penyiasatan. Saya hanya fokus kepada keadilan untuk anak saya sekarang ini," katanya.

tanmara tyasmara 1

Kekasih Tamara suspek kematian Dante.

Susulan kemtian Dante, kekasih kepada Tamara yang dikenali sebagai Yudha Arfandi ditahan pihak berkuasa pada 9 Februari lalu kerana disyaki sebagai suspek punca kematian anak kecil itu di sebuah kolam renang.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan Yudha membenamkan kepala Dante sebanyak 12 kali sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia.

Berang dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu, Angger juga menyifatkan lelaki berkenaan tidak berhati perut kerana sanggup melakukan perbuatan sebegitu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan lemas tapi bunuh... Kekasih Tamara Tysmara ditahan, benam muka anak dalam kolam renang 12 kali

ARTIKEL BERKAITAN: Kubur anak Tamara digali semula, kematian disyaki ada unsur jenayah... Polis panggil kekasih jadi saksi

"Saya sudah melihat CCTV, itu bukan perbuatan manusia. Ia seperti kelakuan orang purba atau binatang! Maaf saya tidak boleh kawal emosi," katanya.

Angger turut berkongsi dia sudah menyediakan persiapan persekolahan anaknya yang dijadualkan bermula tidak lama lagi.

Sementara itu, di pihak Tamara pula dia telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya itu dan tidak menyangka lelaki yang dipercayai membawa anak ke kelas latihan renang tergamak melakukan tindakan kejam tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain