suria

Isteri dedah surat terakhir Lee Sun Kyun, isi kandungannya cukup menyayat hati

Jeon Hye Jin buat laporan polis selepas membaca surat ditinggalkan suaminya.

MENDIANG aktor Lee Sun Jyun sempat meninggalkan sepucuk surat kepada isterinya sebelum menghilangkan diri dan ditemui sudah tidak bernyawa pada Rabu.

Pelakon Jeon Hye Jin mendedahkan isi kandungan surat itu menyebut Sun Jyun sudah tidak mampu menanggung beban selain menghabiskan nyawa adalah satu-satunya cara menyelesaikan semua masalah dihadapi.

Mendiang dipercayai merujuk kepada beban kewangan terpaksa ditanggung selepas semua iklan dan tawaran lakonan diterimanya dibatalkan susulan dakwaan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

"Saya tidak dapat menahannya lagi. Saya fikir ini adalah satu-satunya jalan keluar. Saya minta maaf," tulis mendiang.

lee 2

Kematian Sun Kyun mengejutkan dunia hiburan di Korea Selatan.

Dalam pada itu, Hye Jin memberitahu sebaik sahaja membaca surat tersebut, dia terus membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya kerana bimbang sesuatu akan berlaku kepadanya.

Kebimbangan aktres itu bagaimanapun menjadi nyata apabila mendiang ditemui sudah tidak bernyawa dalam sebuah kereta di Seoul, Korea Selatan.

Polis turut menemui mayat pelakon filem Parasite tersebut di tempat duduk penumpang bersama briket arang dipercayai digunakan untuk menamatkan nyawanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Parasite Lee Sun Kyun ditemukan meninggal dunia dalam kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon filem ‘Parasite’ Lee Sun Kyun ditahan atas tuduhan salah guna dadah

Nama Sun Kyun menjadi perhatian ramai selepas dia didakwa mengambil beberapa jenis dadah di rumah salah seorang pelayan wanita yang bekerja di sebuah kelab mewah di Gangnam.

Mendiang didakwa sudah beberapa kali berkunjung ke rumah pelayan wanita itu sejak awal tahun ini.

Sun Kyun mendakwa dia diperangkap mengambil barang terlarang yang tidak diketahui isi kandungannya.

Ujian saringan dadah yang dilakukan sebanyak dua kali mendapati aktor itu bersih daripada sebarang pengambilan barang terlarang.

South Korean actor Lee Sun-kyun arrives at a police station for questioning regarding his alleged illegal drug use in Incheon, South Korea, December 23, 2023.    Yonhap via REUTERS

Sun Kyun cukup dikenali menerusi drama Coffe Prince dan filem Parasite.

Pada 23 Disember lalu, Sun Kyun menghabiskan masa selama 19 jam bagi memberi keterangan berhubung kes ugutan dua wanita terbabit.

Aktor itu juga sebelum ini pernah dipanggil memberi keterangan pada 28 Oktober dan 4 November lalu bagi kes dadah melibatkan dia.

Sun Kyun dan Hye Jin mendirikan rumah tangga pada 23 Mei 2009 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia 14 dan 12 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain