suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kylie Jenner lancar koleksi jaket, dituduh curi idea Kanye West

Kylie dituduh meniru rekaan jenama baju milik Kanye West.

BINTANG realiti Kylie Jenner dituduh mencuri idea bekas abang iparnya iaitu Kanye West menerusi rangkaian fesyen terbaharu miliknya iaitu Khy.

Kylie didakwa meniru koleksi Kanye iaitu Yeezy yang menampilkan busana jaket kulit rona hitam seperti mana pernah dikeluarkan jenama berkenaan.

Tidak hanya itu, Kylie turut mempromosikan pakaian tersebut dengan memakainya ketika keluar makan malam bersama rakannya iaitu model Hailey Bieber.

kylie - 1

Kylie melancarkan jenama fesyen miliknya iaitu Khy.

Malah kakaknya, model Kendall Jenner turut dilihat memakai pakaian jenama milik Kylie.

Netizen mendakwa kot berkenaan mirip dengan jaket Yeezy X GAP 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner koyak kena sekolah dengan netizen, padam hantaran sokongan terhadap Israel

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih dakwa Kanye West dahaga perhatian, bercinta macam jaga kanak-kanak

"Kamu mencuri idea rekaan baju Kanye? Sekarang kami tahu kenapa semua barangan Adidas/Yeezy tidak terjual.

"Nampak seperti rekaan yang sama pernah dilakukan oleh Kanye, semua berlagak seperti Kanye tidak pernah membuat rekaan baju seperti ini," tulis netizen.

Page Six pula melaporkan Kylie bekerjasama dengan Entire Studios milik Sebastian Hunt dan Dylan Richards Diaz yang pernah bekerjasama dengan Kanye.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain