suria

Nikita Mirzani sudah jumpa pengganti, sedia kahwin kali ke-5 tahun depan

Nikita Mirzani dilaporkan sudah menemui pengganti dan bakal berkahwin tahun depan.

PELAKON Nikita Mirzani dilaporkan sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka selepas perkahwinan ketiganya berakhir dengan penceraian pada Mac lalu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh rakan baiknya iaitu Oky Pramata yang memaklumkan Nikita sedang diulit bahagia.

Bagaimanapun Oky tidak mendedahkan identiti sebenar jejaka yang berjaya menambat hati pelakon sensasi itu.

"Betul, Nikita sudah ada pasangan baru sekarang," katanya ringkas.

nikita

Nikita bersama rakan baiknya Oxy Pratama.

Dalam pada itu, Oky memberitahu pasangan itu juga dijangka bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan.

Bagaimanapun Nikita enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan Oky itu dan hanya memberitahu individu berjaya menambat hatinya adalah lelaki Indonesia.

Untuk rekod, Nikita pernah berkahwin dengan seorang lelaki dikenali sebagai Nasseru pada 2006 namun mereka bercerai setahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Laura Meizani Nasseru Asry yang kini berusia 17 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani cari jalan ke Palestin mahu beri bantuan, netizen pula minta jejak anak perempuan di London

ARTIKEL BERKAITAN: Saling bongkar aib, kali ini Nikita Mirzani pula tuduh Dewi Perssik pernah jalin hubungan songsang

Pelakon itu berkahwin kali kedua dengan Sajad Ukra pada 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki Azka Raqilla Ukra, 9 tahun sebelum bercerai dua tahun kemudian.

Nikita kemudiannya bertemu jodoh dengan Dipo Latief pada 2018 namun perkahwinan itu juga tidak kekal lama apabila mereka bercerai setahun kemudian.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Arkana Mawardi, 4 tahun.

Pada 22 Januari lalu, Nikita berkahwin pula dengan jejak asal Jerman, Antonio Dedola namun perkahwinan itu juga berakhir dengan penceraian tiga bulan kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain