suria

Fesyen ke balai polis curi perhatian peminat, cermin mata RM4,500 dipakai G-Dragon sold out!

Barang dikenakan G-Dragon ke balai polis laris dibeli peminat.

PENAMPILAN penyanyi G-Dragon ketika hadir ke sebuah balai polis di Seoul bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan dadah meraih perhatian ramai.

Perhatian itu bukan mengenai kes melibatkan anggota kumpulan Big Bang berkenaan sebaliknya ramai kagum dengan fesyen digayakan.

Hadir menaiki edisi terhad BMW, G-Dragon tampil kemas dengan sut berwarna biru gelap dan kelihatan yakin melalui sekumpulan wartawan yang menantinya di balai polis berkenaan.

gg

Kereta BMW dan cermin mata G-Dragon laris.

Apa lebih menarik perhatian adalah cermin mata berharga RM4,500 melengkapkan gayanya sekali gus membuktikan dia ikon fesyen walaupun dalam keadaan tertekan.

Disebabkan penampilannya itu juga, peminat mula membuat carian mengenai cermin mata jenama Jacques Marie Mage yang digayakan G-Dragon.

Hasil carian dibuat menerusi laman web jenama itu mendapati cermin mata tersebut habis terjual.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! G-Dragon tak ambil dadah, minta polis buat siasatan menyeluruh

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon dipanggil polis, siasat berhubung penyalahgunaan dadah

Tidak hanya itu, kereta mewah BMW bekenaan juga dilaporkan tiba-tiba mendapat permintaan tinggi sehingga bekalan sedia ada tidak dapat menampung tempahan di Korea Selatan.

Sebelum ini, G-Dragon menafikan dakwaan dia terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Malah selepas empat jam disoal siasat polis serta melalui ujian rambut dan air kencing, dia didapati negatif dadah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain