suria

Kejelitaan Kim Tae Hee tak berubah, masih cantik seperti zaman ‘Stairway To Heaven’

Kim Tae Hee dipuji kerana masih mengekalkan kecantikannya.

KEMUNCULAN pelakon Kim Tae Hee sewaktu menjalani sesi fotografi di pejabat Bodyfriend di Dogok-dong, Gangnam, Korea Selatan meraih perhatian peminat apabila ramai memuji kecantikannya.

Memetik laporan Allkpop, ini merupakan penampilan rasmi Tae Hee selepas lama mendiamkan diri.

Pelakon drama Stairway To Heaven itu tampil menawan dengan menggayakan gaun putih yang dipadankan bersama tumit tinggi.

Biarpun sudah mencecah usia 43 tahun, kulit wajah aktres berkenaan dilihat sempurna kelihatan seperti awet muda.

kimm - 1

Tae Hee dikatakan awet muda kerana masih cantik seperti dulu.

Rata-rata netizen memuji kecantikan yang dimiliki pelakon itu dan menggelarkannya sebagai 'Queen of Beauty’'.

"Saya memang peminat tegar Kim Tae Hee dan kecantikannya sangat menakjubkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Tae Hee bawa trak kopi ke set penggambaran, siap buat sepanduk wajah semua kru!

ARTIKEL BERKAITAN: Rain dan Kim Tae Hee umum bakal timang anak kedua

"Dia memang ratu cantik semula jadi. Macam mana wajahnya masih sama seperti dulu?," tulis netizen.

Untuk rekod, Tae Hee dilahirkan pada 1980 dan membuat penampilan sulungnya dalam industri hiburan sebagai model iklan pada 2000.

Antara drama popular yang pernah dibintangi olehnya termasuk Iris, My Princess, Jang Ok Jung, Living by Love dan Hi Bye Mama.

Pada Januari 2017, Tae Hee mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Rain dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain