suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rain dan Kim Tae Hee umum bakal timang anak kedua

Rain dan isteri, Kim Tae Hee bakal menimang cahaya mata kedua.

PASANGAN terkenal Rain dan Kim Tae Hee mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua.

Koreaboo melaporkan berita itu disahkan sendiri oleh Tae Hee menerusi syarikat pengurusannya selain memberitahu dijangka akan bersalin pada September depan.

"Kami ingin berkongsi berita gembira kepada peminat semua bahawa Rain dan Tae Hee bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

"Tae Hee dijangka bersalin pada September depan dan diharap semua dapat mendoakan dirinya," kata wakil syarikat tersebut.

Pasangan itu berkahwin pada Januari 2017 dan pasangan itu menimang cahaya mata perempuan pada Oktober tahun sama.

Rain, Kim Tae Hee

Artikel Lain