suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tristan, Jordyn dituduh sepakat sangkal dakwaan curang

Khloe, Triston dan Jordyn (kanan)

KONTROVERSI kecurangan pemain bola keranjang Tristan Thompson terhadap Khloe Kardashian terus menjadi perhatian media.

Tristan yang dilaporkan curang dengan rakan baik Kylie Jenner iaitu Jordyn Woods dikhabarkan sepakat untuk menafikan perkara itu.

Seperti dipetik majalah People, sebuah sumber memberitahu kedua-dua mereka masih enggan mengakui perkara berkenaan biarpun didesak keluarga Kardashian.

"Jordyn seperti sudah sepakat dengan Tristan untuk menyangkal perkara itu. Jordyn terkejut ketika keluarga Kardashian tahu dan berjumpa dengannya," ujar sumber.

Berbeza dengan Triston, dia seakan-akan tidak mengambil peduli tentang hal itu dan bertindak seolah-olah tiada apa yang berlaku dalah hubungan tersebut.

"Dia (Triston) seperti tidak terlalu mengambil tahu tentang masalah ini. Dia seperti tidak menyesal dengan hubungan rahsia tersebut. Dia sudah menafikan tapi tidak memberi penjelasan yang tepat," ujar sumber.

Tristan, Khloe Kardashian

Artikel Lain