suria

Buang hubungan toksik antara isi ucapan Taylor Swift ketika terima anugerah Doktor Kehormat

Pencapaian Swift melayakkan dia menerima anugerah dari Universiti New York.

KEJAYAAN dalam bidang seni telah melayakkan penyanyi Taylor Swift untuk menerima pengiktirafan Doktor Kehormat daripada Universiti New York.

Tampil memberi ucapan ketika menerima anugerah tersebut, Swift mengingatkan tetamu yang hadir pada majlis tersebut supaya tidak dibebani dengan hubungan yang toksik sehingga boleh mengabaikan kebaikan lain di sekeliling kita.

Ucapan selama 20 minit itu juga menyentuh perasaan banyak pihak selain terinspirasi dengan kejayaan yang telah diraih oleh Swift sepanjang penglibatan dalam bidang seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift cipta sejarah penyanyi wanita pertama terima pengiktirafan tertinggi Brit Awards

“Kita harus tahu apa yang perlu disimpan dan dilepaskan dalam hidup ini. Kita tidak perlu membawa semua perkara seperti dendam atau bekas kekasih.

“Tetapkan apa yang perlu menjadi milik anda dan gengamlah ia. Selebihnya lepaskan sahaja.

“Hubungan toksik boleh membuatkan kita terlepas dari perkara yang menarik. Jadilah seorang yang arif untuk memilih apa yang terbaik,” ujarnya.

taylor swift 33

Swift melambai kepada peminat ketika hadir menerima anugerah.

Selain itu, penyanyi lagu Bad Blood ini berkata dalam kehidupan harian dia sering berhadapan dengan situasi yang mahukan kesempurnaan.

Bagaimanapun menurut Swift setiap kesilapan dan kesalahan yang dilakukan akan menjadikan seseorang itu lebih baik.

“Saya tahu bagaimana tekanan apabila kita hidup dalam pandangan orang yang mahukan kesempurnaan. Kita sentiasa buat silap dan mengulanginya. Ia membuatkan kita kehilangan sesuatu.

“Apabila kita kehilangan, kita akan dapat yang lebih baik,” ujarnya.

Walau tidak pernah melanjutkan pelajaran di peringkat universiti, Swift merupakan penyanyi muda yang telah banyak menang anugerah menerusi karya-karya ciptaannya sendiri.

Tahun lalu dia memenangi 11 trofi Grammy termasuk Album Terbaik menerusi album Folklore.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain