suria

Pelakon drama 'Secret Healer', Kim Sae Ron bakal didakwa pandu dalam keadaan mabuk

Kim Sae Ron disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

GARA-GARA disyaki memandu dalam keadaan mabuk pada Rabu, pelakon Kim Sae Ron kini dalam siasatan polis dan bakal didakwa atas kesalahan itu.

Memetik laporan Soompi, sumber terdekat Balai Polis Gangnam berkata Kim Sae Ron melakukam kesalahan itu sekitar pukul 8 pagi, Rabu di kawasan Cheongdam, Gangnam.

"Kim Sae Ron bakal didakwa atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk pagi tadi (Rabu)," kata sumber.

Menurut laporan lagi, Kim Sae Ron juga diminta untuk melakukan ujian darah untuk memastikan tahap alkohol yang berada dalam badannya.

Bagaimanapun, pihak agensi pengurusan Goldmedalist Entertaiment memberitahu mereka masih dalam proses untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain