suria

Konsert jelajah sehari selepas tragedi Buffalo, Justin Bieber ajak penonton berdoa dan tafakur untuk mangsa

Justin Bieber sedang mengadakan siri konsert jelajahnya.

PENYANYI terkenal Hollywood, Justin Bieber meluahkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tembakan di salah sebuah pasar raya di Buffalo, New York, Amerika Syarikat.

Menurut laporan People, Justin memberikan penghormatan terakhir itu semasa menjayakan siri konsert jelajah di Keybank Centre, Buffalo.

Penyanyi lagu Ghost ini turut meminta penonton yang hadir meluangkan sedikit masa berdoa dan bertafakur..

"Seperti mana yang kita semua sedia maklum, ada kejadian buruk yang berlaku di kota ini.

"Namun, apa yang kita lakukan pada malam ini adalah untuk memberi penghormatan buat mereka." katanya.

Pada Sabtu lalu, dunia dikejutkan dengan siri tembakan rambang yang mengorbankan sepuluh nyawa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain