suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3 bulan kerja ‘non stop’, Purab Kohli ambil keputusan berehat dari dunia seni

Purab mahu luangkan masa bersama keluarga.

MAHU mengimbangi kehidupan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik, pelakon Bollywood Purab Kohli mengambil keputusan untuk berehat selama beberapa bulan daripada dunia seni.

Menurut pelakon berusia 43 tahun ini, dia mahu meluangkan masa bersama keluarganya di London selepas tiga bulan berada di Mumbai atas urusan kerja.

"Bagi saya, kehidupan kini dalam keadaan baik. Sebab bila kita menolak untuk buat lebih kerja dari apa yang kita lakukan, saya rasa kita dalam keadaan baik.

"Jadi buat masa sekarang, sangat penting untuk saya pilih berehat sekejap. Saya baru pulang ke London selepas tiga bulan di Mumbai di mana saya selesaikan urusan kerja.

"Saya ambil keputusan untuk berada di London bersama keluarga saya untuk beberapa bulan, dan tidak bekerja," kata Purab Kohli.

Sumber - Hindustantimes

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain