suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada kerjaya, cantik orangnya tapi belum berpunya! Raline Shah dedah sebab masih single sampai sekarang

Raline mahu bakal suami yang penyayang.

SUDAH berusia 37 tahun namun pelakon terkenal Indonesia Raline Shah sehingga kini masih belum mempunyai teman lelaki.

Memetik laporan Liputan6, Raline memberitahu dia terlalu fokus mempelajari mengenai kehidupan sehingga tidak tahu cara mencari jodoh yang tepat.

Raline yang juga merupakan seorang usahawan berkata dia kerap bertemu dengan jodoh yang salah sepanjang lima tahun kebelakangan ini.

"Sebenarnya yang membuatkan saya berasa tenang adalah belajar dan berkembang dari setiap segi kehidupan saya.

"Jadi, sampai sekarang saya masih single sebab masih belajar bagaimana nak bercinta yang sebenar. Macam mana nak cari jodoh yang tepat.

"Sebab sepanjang lima tahun, asyik ‘jodoh bukan yang ini’ saja," katanya.

Dalam pada itu, Raline turut mendedahkan ciri-ciri lelaki idaman antaranya seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga.

"Yang sebenarnya saya mahu seseorang bertanggungjawab, suami yang baik, penyayang dengan anak-anak dan isteri," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain