suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Untung Katrina Kaif! Dapat hadiah kahwin Range Rover bernilai hampir RM1.7 juta daripada Salman Khan

Katrina Kaif terima hadiah kereta daripada Salman Khan dan sahabat selebriti.

PASANGAN selebriti terkenal Bollywood iaitu Katrina Kaif dan Vicky Kaushal menerima banyak hadiah barangan mewah daripada rakan-rakan sempena perkahwinan mereka.

Menurut laporan Geo.TV, pasangan ini menerima kereta mewah jenama Range Rover bernilai hampir RM1.7 juta daripada bekas kekasih Katrina dan sahabat baiknya iaitu Salman Khan.

Bukan itu sahaja, Katrina turut menerima rantai bertatah berlian bernilai RM1.5 juta daripada Ranbir Kapoor.

Malah, aktor Hrithik Roshan juga dilaporkan memberi hadiah berupa sebuah kereta jenama BMW G310 R.

salman 1

Rakan selebriti raikan hari bahagia Katrina Kaif dan Vicky.

Jirannya yang juga pasangan selebriti Anushka Sharma dan Virat Kohli pula menghadiahkan sepasang anting-anting bernilai RM35,000.

Katrina dan Vicky disatukan dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat pada 9 Disember lalu.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain