suria

Billie Eilish menyesal, akui minda rosak kerana tonton filem lucah sejak usia 11 tahun

Billie mula menonton filem lucah seawal usia 11 tahun.

PENYANYI Billie Eilish akhirnya membuka mulut tentang perasaan kesal kerana terdedah dengan pornografi pada usia yang muda.

Memetik laporan Geo TV, Billie menganggap ia sebagai suatu perkara yang merosakkan mindanya kerana mula menonton filem lucah seawal usia 11 tahun.

"Sejujurnya saya banyak menonton filem lucah waktu dahulu. Saya mula menonton filem lucah ketika berusia 11 tahun.

"Ia benar-benar merosakkan otak dan rasa amat menyesal kerana saya terdedah dengan banyak kandungan lucah," kata Billie dalam sesi temu bual The Howard Stern Show di radio Sirius XM pada Isnin.

Penyanyi itu turut berkongsi bahawa pendedahannya kepada kandungan lucah telah menyebabkan dia mempunyai jangkaan yang tidak realistik dalam hubungan intim.

Penyanyi itu kemudian menambah bahawa semua filem pornografi hanyalah lakonan yang melampau dan bukan sebenar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain