suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Netizen buat spekulasi Zaskia Gotik lari balik kampung kerana rumah tangga bergolak, rupa-rupanya ziarah ibu bapa

Zaskia nafi rumah tangganya sedang bermasalah.

PENYANYI dangdut terkenal dari Indonesia Zaskia Gotik menafikan khabar angin perkahwinannya dengan Sirajuddin kini sedang berantakan.

Menurut laporan Kompas, isu ini timbul selepas Zaskia dilihat pulang ke rumah orang tuanya berseorangan yang terletak di Cikarang, Jawa Barat.

Tampil menjelaskan mengenai perkara ini, penyanyi berusia 31 tahun itu berkata dia pulang ke kampung kerana mahu menziarahi ibu bapanya yang sudah lama tidak bertemu.

Lebih-lebih lagi situasi tidak terkawal ketika pandemik Covid-19 sebelum ini menyukarkan dia untuk pulang.

Zaskia suami

Zaskia dan suami, Sirajuddin.

"Alhamdulillah hubungan rumah tangga kami tiada apa-apa... saya pulang ke rumah ibu bapa kerana dah empat bulan tak balik.

"Raya sebelum ini tak boleh balik kampung sebab keadaan pandemik sedang teruk, bimbang bawa penyakit. Sebab itu saya memilih untuk tidak balik ke rumah orang tua," katanya.

Dalam pada itu, Zaskia berkata dia enggan melayan sebarang komen dan spekulasi tidak benar yang dibuat netizen di laman sosial.

Zaskia berkahwin dengan Sirajuddin Mahmud Sabang pada 22 April 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain