suria

Pendedahan kronologi percintaan Kim Seon Ho... bekas kekasih sebenarnya baru bercerai dan kaki tipu?

Pendedahan bekas kekasih Kim Seon Ho dipersoalkan.

KONTROVERSI mengaitkan Kim Seon Ho dan bekas teman wanitanya nampaknya semakin hangat apabila Dispatch mendedahkan sejarah temu janji penuh antara pelakon itu dengan wanita yang membuat tuduhan dipaksa mengugurkan kandungan.

Menerusi satu siri mesej teks eksklusif bersama foto dan pandangan beberapa pihak, Dispatch mengumpul keseluruhan sejarah hubungan pelakon Hometown Cha-Cha-Cha itu dengan Choi Young Ah yang juga bekas peramal cuaca.

Menerusi laporan itu, terdapat banyak kekeliruan dan persoalan terhadap pendedahan dan tuduhan yang dibuat wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Seon-ho mengaku paksa bekas kekasih gugur kandungan, hilang tawaran kerja dan kontrak iklan sekelip mata

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih serba salah, pendedahan musnahkan kerjaya Kim Seon-ho

Ini kronologinya:

1. Choi Young Ah bertemu Kim Seon Ho pada penghujung 2019 melalui perjumpaan bersama rakan-rakannya dan pada awal Mac 2020, mereka berdua mula bercinta.

2. Pada pertengahan bulan Mac, dia mengaku kepada Kim Seon Ho bahawa dia pernah berkahwin sebelum ini dan bercerai, yang mana perkara itu sedikit membingungkan Kim Seon Ho.

3. Selepas berunding dengan rakannya, Kim Seon Ho memutuskan ingin meneruskan hubungan percintaan mereka.

4. Kim Seon Ho ingin bersama Choi Young Ah, jadi dia banyak bercuti ke Busan dan Gapyeong bagi meluangkan masa bersamanya.

5. Pasangan itu sering mengunjungi zoo, taman hiburan di pinggir bandar Seoul.

6. Dalam pendedahan itu, Choi Young Ah menyatakan bahawa kedua-duanya perlu merahsiakan hubungan mereka malah mereka tidak boleh berpegangan tangan di khalayak ramai.

kim6

Mesej Kim Seon Ho dengan seorang rakan yang didedahkan media Korea.

7. Dispatch mempersoalkan mengapa dia cuba menyembunyikan kenangan indah bersama Kim Seon Ho?

8. Dispatch juga keliru dengan tuduhan wanita itu bahawa Kim Seon Ho menukar personaliti selepas memaksanya mengugurkan kandungan, tetapi lawatan pasangan itu didapati ke kafe haiwan peliharaan bersama-sama selepas kejadian pengguguran itu.

9. Pada 8 Julai 2020, Kim Seon Ho menerima pesanan maaf yang panjang lebar daripada Choi Young Ah.

10. Mesej ini menyusuli perpisahan pertama pasangan itu bertarikh 7 Julai.

11. Menurut laporan, Choi Young Ah telah berulang kali berbohong kepada Kim Seon Ho yang menyebabkan dia mengucapkan selamat tinggal.

12. Keesokan harinya, Kim Seon Ho memaafkan Choi Young Ah. Dia menerima nasihat daripada pelakon hoobaenya dan "Friend B," yang memberitahunya bahawa Choi Young Ah tidak akan melakukan perkara itu lagi.

13. Dispatch mendakwa bahawa "Friend B" ini juga merupakan pelakon teater yang dirujuk Choi Young Ah dalam pendedahan asalnya. Dia adalah kawan rapat Kim Seon Ho dan kedua-duanya saling mempercayai antara satu sama lain.

14. Mengikut timeline Dispatch, Choi Young Ah mengesahkan dia hamil pada 24 Julai 2020.

15. Dia berasa emosi apabila menghantar mesej dan menelefon Kim Seon Ho, walaupun dalam pendedahannya dia mengatakan bahawa Kim Seon Ho bertindak balas secara negatif.

kim2

Kim Seon Ho

16. Kisah Friend B, bagaimanapun, berbeza. Dia mendedahkan bahawa mesej Kim Seon Ho menyebut kehamilan itu sebagai rahmat dan menghiburkannya untuk tidak menangis.

17. Selepas pengguguran, Kim Seon Ho dikatakan telah memasak sup rumpai laut untuk Choi Young Ah selama dua minggu.

Untuk rekod, di Korea sup rumpai laut sangat disyorkan untuk wanita yang baru melahirkan anak. Dalam episod 2 Hari 1 Malam, dia dapat dilihat membaca resipi sup rumpai laut.

18. Dispatch menyatakan bahawa walaupun Choi Young Ah telah dijaga sedemikian, dia menuduh Kim Seon Ho telah berubah sepenuhnya dalam sikap berikutan pengguguran itu.

19. Dispatch kemudian mempersoalkan mengapa Choi Young Ah bertegas bahawa Kim Seon Ho mahu menyembunyikan dirinya daripada ibu bapanya.

20. Menurut "Friend C" Choi Young Ah, Kim Seon Ho sebenarnya telah memperkenalkannya kepada ibu bapanya sebagai teman wanitanya.

Dispatch mempersoalkan tuduhan Choi Young Ah bahawa Kim Seon Ho seorang yang kemaruk wang kerana maklumat lain yang diterima sama sekali berbeza. - KOREABOO/ DISPATCH

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain