suria

Wakil brand dedah punca ‘remove’ segera wajah Kim Seon Ho daripada kempen iklan - “Dia tak profesional, menghilangkan diri tanpa penjelasan”

Kim Seon Ho dituduh tidak profesional dalam menguruskan kontroversi.

PELAKON Korea Selatan Kim Seon Ho terus menjadi tajuk utama selepas terkait kontroversi memaksa bekas kekasih mengugurkan kandungan.

Kontoversi tersebut menyebabkan pelakon Hometown Cha-Cha-Cha disingkirkan daripada pelbagai projek termasuk filem, rancangan dan kontrak iklan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih serba salah, pendedahan musnahkan kerjaya Kim Seon-ho

Walaupun sudah meminta maaf beberapa hari selepas kontroversi tercetus, namun beberapa jenama menyingkirkan pelakon itu daripada kempen mereka.

Peminat menyelar tindakan pengiklan yang dianggap tergesa-gesa sebelum sebarang pengesahan dibuat.

Menjelaskan keputusan mereka, wakil jenama dari salah satu label mendedahkan bahawa tiada promosi diturunkan semata-mata disebabkan pendedahan kontroversi itu.

Sebaliknya pihak pengiklan menganggap pelakon dan agensinya tidak profesional dan matang dalam menyelesaikan kes berkenaan dengan baik.

“Apabila skandal itu terjadi, kami cuba menghubungi mereka sepanjang hari. Kami memerlukan jawapan tapi gagal.

“Kami tidak faham kenapa mereka menghilangkan diri. Pihak mereka sepatutnya menjelaskan keadaan sebenar dan biar kami yang mengawal perkara itu bersama.

“Jika mereka muncul dan buat penjelasan awal kami tidak perlu memutuskan hubungan dengan cara begini.

“Reputasi Kim Seon Ho tidak sepenting kebolehpercayaannya. Kita perlu mempercayainya sebagai model kita. Tetapi dia menangani krisis dengan tidak profesionalisme dan matang, kita tidak punya pilihan selain mempertimbangkan semula kontrak.

“Kami meramalkan akan sukar baginya untuk membina semula kepercayaan dengan jenama lain juga,” tambah sumber itu.

Kehilangan endorsement akan menjejaskan nilai jenama Kim Seon Ho. Bagaimanapun, sehingga sekarang belum ada jenama yang membatalkan kontrak secara rasmi dengan aktor itu. - KOREABOO

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain