suria

Sayang terlalu muda ketagih dadah... Menteri India saran Shah Rukh Khan hantar anak ke pusat pemulihan

Shah Rukh Khan dan isteri disaran hantar anak ke pusat pemulihan.

ANAK kepada pelakon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang kini masih dalam tahanan polis akibat terkait kes dadah dinasihatkan mendapatkan rawatan di pusat pemulihan.

Itu yang disarankan oleh Menteri Persatuan Sosial dan Pemerkasaan India Ramdas Athawale seperti dipetik Asian News Internasional pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Shah Rukh Khan dapat jumpa anak 20 minit di penjara, permohonan ikat jamin Aryan Khan ditolak kali kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Saksi dakwa terdengar pegawai narkotik minta RM14 juta untuk bebaskan anak Shah Rukh Khan

Menteri itu mengatakan bahawa Aryan memiliki masa depan yang cerah dan Shah Rukh Khan perlu mempertimbangkan untuk menghantar anaknya ke pusat pemulihan dadah.

Aryan Khan dilaporkan tidak berinteraksi atau bertemu dengan individu lain yang dituduh dalam kesnya.

Aryan Khan kini masih di penjara di Mumbai, India.

"Tidak baik mengambil dadah pada usia muda. Aryan Khan mempunyai masa depan.

"Saya menasihati Shah Rukh Khan untuk menghantar Aryan Khan ke pusat pemulihan yang berkaitan dengan kementerian," kata Athawale.

Aryan, 23, ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober.

Menurut laporan The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha. - ANI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain