suria

Baim Wong tayang wajah anak kedua… pilih nama Kenzo Eldrago Wong

Baim kongsi wajah anaknya yang dilahirkan pada Sabtu.

PELAKON terkenal Indonesia Baim Wong mengumumkan nama anak keduanya iaitu Kenzo Eldrago Wong.

Menerusi Instagram, suami kepada aktres Paula Verhoeven ini memuat naik foto bayi lelaki mereka yang dilahirkan pada Sabtu lalu.

"Ini (foto) yang sebenar... adiknya Kiano Tiger Wong iaitu Kenzo Eldrago Wong," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong dedah jantina anak kedua

Paula selamat melahirkan bayi seberat 3.7 kilogram itu secara pembedahan di sebuah hospital di Menteng, Jakarta.

Berita kelahiran itu dikongsi oleh doktor yang melakukan rawatan di hospital berkenaan menerusi InstaStory.

Pegawai perubatan bernama Doktor Tiwi itu memberi bayangan pasangan ini menimang cahaya mata lelaki kedua.

"Abang Kiano Tiger Wong sudah ada teman main bola," tulis Doktor Tiwi.

Doktor itu turut memuat naik momen Baim Wong memeluk anaknya sambil melaungkan azan.

Baim dan Paula berkahwin pada 22 November 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Kiano Tiger Wong yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain