suria

Pesanan ‘makan dalam’ Hrithik Roshan buat anak Shah Rukh Khan… minta Aryan belajar daripada kesilapan

Hrithik Roshan tulis pesanan dan kata-kata sokongan kepada Aryan Khan.

BERITA penahanan anak kepada pelakon Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan kerana penyalahgunaan dadah bukan sahaja mengejutkan ramai peminat, malah turut mengundang simpati rakan artis lain.

Salah seorang aktor terkenal Bollywood iaitu Hrithik Roshan turut menulis surat terbuka meminta Aryan tabah dan kuat berdepan ujian ini.

"Buat Aryan sayang. Hidup adalah satu perjalanan yang aneh. Tidak selalunya bagus tetapi tuhan memberikan yang terbaik. Dia memberi cubaan untuk dihadapi dan kamu dipilih supaya belajar merasakan tekanan agar diri kamu boleh berdepan apa situasi masa hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Shah Rukh Khan jadi mangsa buli siber, Aryan Khan dicemuh terkait kes dadah... Instagram dihujani lebih 16,000 komen

"Kesalahan, kegagalan, kemenangan, kejayaan semuanya sama jika kamu tahu yang mana harus disimpan dan yang mana harus dibuang dari perjalanan hidup.

"Percayalah, kamu akan menjadi lebih baik dari mereka semua. Akan datang cahaya nanti. Itu selalu ada," katanya menerusi laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, dia memuat naik foto pemuda berusia 23 tahun ini.

aryan

Aryan di bawa ke Penjara Arthur, Mumbai.

Pada 3 Oktober lalu, Aryan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ditahan anggota polis dari Biro Kawalan Narkotik (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada Ahad.

Menurut The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Mahkamah Mumbai menolak permohonan jaminan ke atas Aryan dan pemuda itu terus ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah (judicial custody) dan dihantar ke Penjara Arthur di Mumbai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain