suria

Adele turun 45 kg bukan sebab tertekan atau mahu balas dendam terhadap bekas suami - “Orang suka gambarkan wanita bercerai hilang arah tuju”

Perubahan fizikal Adele adalah disebabkan rutin harian bersukan.

PENYANYI Adele menafikan perubahan fizikal dan penurunan berat badannya bukan disebabkan tertekan berhubung perceraian atau ingin membalas dendam.

Adele mendedahkan berat badannya kini turun sehingga 45 kilogram disebabkan amalan aktiviti sukan yang dilakukan.

"Penurunan berat badan ini dilihat sebagai pembalasan dendam, itu mengarut. Saya fikir orang memang suka menggambarkan wanita yang bercerai sebagai orang yang kehilangan arah tuju," kata Adele.

Adele juga menjelaskan dia tidak mengamalkan diet yang menyebabkan penurunan berat badannya namun sebaliknya makan lebih banyak berbanding sebelumnya.

Sepanjang pandemik Covid-19 dia lebih banyak melakukan aktiviti sukan seperti boxing, angkat berat dan senaman kardio.

"Pada awalnya saya banyak masa terluang dan tidak melakukan sebarang kerja dan saya melakukannya dengan pelatih saya.

"Saya tahu bukan semua orang boleh berbuat demikian mungkin disebabkan kekangan masa dan kewangan," ujarnya.

Selepas enam tahun menyepi Adele kini muncul dengan single terbaharunya yang berjudul Easy On Me.

Adele dan Simon Konecki bercerai pada 2019. Mereka dikurniakan seorang anak bernama Son Angelo, 9. - Vogue

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain