suria

Peminat syak Jisoo Blackpink bercinta dengan pemain bola sepak Son Heung Min... siap pakai ‘couple bracelets’

Jisoo BlackPink dikatakan sedang bercinta dengan Son Heung Min

KHABAR angin percintaan antara ahli kumpulan Blackpink, Jisoo dan pemain bola sepak Tottenham Hotspur Son Heung Min semakin bertiup kencang.

Hubungan itu mula dihidu apabila Jisso menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggerks di Stadium Tottenham Hostspur di London pada September 2019.

Dia berkongsi foto di Instastory bersorak untuk pasukan Son Heung Min.

Dua tahun kemudian, khabar angin kembali hangat berdasarkan pemerhatian peminat yang mula menghidu hubungan mereka.

Menurut laporan, Son Heung Ming tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 5 Oktober untuk perlawanan kelayakkan Asia Fifa World Cup 202 di antara Korea Selatan dan Syria yang berlangsung 7 Oktober. Namun, dia tidak menaiki penerbangan dari London, sebaliknya Son Heung Min tiba di Korea Selatan dari Paris.

Jisoo juga kembali ke Korea Selatan pada hari yang sama setelah selesai 'Paris Fashion Week'

Maklumat lain yang menghangatkan lagi desas-desus ini apabila Jisoo dan Son dilihat memakai ‘gelang pasangan’, iaitu gelang yang sering dipakai oleh Son dan dicium selepas menjaringkan gol.

Namun sehingga kini, pasangan tersebut masih memgunci mulut dan hubungan itu masih menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Jisoo, black pink, sedang bercinta

Artikel Lain