suria

Ulang tahun ke-22, Yeri Red Velvet sumbang RM36,000 kepada ibu tunggal dan bayi malang

Yeri mahu memberi semula kasih sayang yang diterima sebelum ini.

SEMPENA ulang tahun kelahiran yang ke-22 pada 5 Mac, ahli kumpulan Red Velvet iaitu Yeri memberi sumbangan kepada pertubuhan Jusarang Community’s Baby Box.

Memetik laporan Soompi, Yeri telah menyumbangkan sebanyak 8,840 USD atau lebih RM36,000 kepada pertubuhan tersebut yang membantu ibu tunggal dan bayi.

Menurut Yeri, sumbangan itu dianggap seperti memberi semula kasih sayang yang pernah diterima dan berharap semua kanak-kanak kekal sihat dan kuat berdepan dengan pandemik Covid-19.

"Pada hari lahir saya... saya ingin berkongsi walaupun sedikit cinta yang saya terima dan memberikan semula. Saya harap semua orang termasuk kanak-kanak akan kekal sihat dan mempunyai kekuatan sepanjang kesukaran kerana COVID-19," katanya.

Pertubuhan tersebut melindungi dan menyelamatkan bayi yang ditinggalkan melalui program dropbox dan ia menawarkan kaunseling untuk ibu tunggal,

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain