suria

Kes buli, Ji Soo digugurkan daripada drama 'River Where The Moon Rises', Na In Woo 'Mr Queen' dikatakan bakal jadi pengganti

Na In Woo dikatakan sedang mempertimbangkan untuk terima tawaran menggantikan Ji Soo.

SELEPAS membuat permohonan maaf atas kesalahan membuli, pelakon Ji Soo bakal mengundur diri daripada drama lakonannya berjudul River Where The Moon Rises.

Memetik laporan Soompi, pihak stesen KBS telah mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu watak yang dipegang oleh Ji Soo dalam drama tersebut akan digantikan dengan pelakon lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh 'kaki buli', Ji Soo mohon maaf secara terbuka - “Kehidupan saya hancur kerana masa lalu yang gelap!”

"Ji Soo kini menjadi perhatian disebabkan kontroversi tersebut dan dia akan berundur diri daripada drama tersebut. Kami kini sedang berbincang dengan pihak produksi untuk langkah seterusnya," katanya.

Pada Khamis, Ji Soo tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua orang yang pernah menjadi mangsa buli ketika di zaman persekolahannya.



Ji Soo berlakon disamping aktres, Kim So Hyun.

Dalam pada itu, agensi pengurusan Cube Entertainment mengeluarkan kenyataan mengatakan pelakon drama Mr. Queen iaitu Na In Woo bakal mengantikan tempat Ji Soo.

"Na In Woo sudah menerima tawaran untuk bintangi drama tersebut sebagai watak On Dal dan dia sedang mempertimbangkan tawaran tersebut," kata wakil agensi.

Baru-baru ini, Ji Soo dituduh melakukan jenayah buli ketika di zaman persekolahan selepas seorang netizen mengaku rakan sekolahnya dan pernah menjadi mangsa buli.

Individu berkenaan memberitahu dia merupakan teman sekelas Ji Soo pada tahun 2006 sehingga 2008 dan mendakwa aktor itu seorang pelajar nakal dan sering membuli pelajar di sekolah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain