suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakar bedah plastik pilih wajah Jisoo Blackpink paling sempurna dan cantik

Jisoo memiliki kecantikan asli yang dicemburui ramai wanita.

MEMILIKI mata bundar serta struktur wajah menarik menjadikan ahli kumpulan Blackpink, Jisoo sebagai selebriti Kpop yang memiliki rupa paras sempurna dan cantik pada pandangan pakar bedah plastik terkenal Korea Selatan, Dr Min Hee Joon.

Menurut Dr Min, jika mana-mana wanita yang ingin melakukan pembedahan plastik, wajah Jisoo, 26, merupakan antara pilihan utama yang akan disyorkannya kepada pelanggan.

Jisoo juga dipercayai tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik sepanjang kerjayanya dalam bidang seni kecuali dia hanya melakukan pemasangan veneers di giginya untuk tampil menawan.



Ahli kumpulan Twice, Tzuyu.

Sebelum ini, wajah cantik ahli kumpulan Twice, Tzuyu, 22, mendapat permintaan ramai daripada pelanggan di Jepun untuk meniru rupa parasnya.

Kedua-dua Tzuyu dan Jisoo tidak melakukan pembedahan plastik kerana pihak pengurusan mereka, YG dan JYP Entertainment dikatakan melarang mana-mana artis di bawah naungan mereka untuk melakukan perkara itu.

Walaupun melakukan pembedahan plastik bukanlah satu perkara yang luar biasa melibatkan selebriti Kpop, namun kedua-dua syarikat pengurusan itu mahu artis mereka tampil dengan kejelitaan semula jadi tanpa perlu melakukan sebarang prosedur untuk mengubah wajah. - Allkpop

Jisoo Blackpink, Tzuyu Twice, Kpop

Artikel Lain