suria

Penggambaran 'Friends Reunion' disambung selepas setahun terhenti akibat Covid-19

Sitkom Friends menjadi kegilaan ramai pada tahun 90-an.

PENGGAMBARAN sitkom Friends Reunion akan kembali disambung selepas setahun tertangguh disebabkan pandemik Covid-19.

Menurut salah seorang pelakonnya, David Schwimmer yang kini menetap di New York, dia akan kembali ke Los Angeles untuk menjalani penggambaran tersebut pada bulan April ini.

"Pengggambaran akan bersambung, dalam sebulan dari sekarang saya akan terbang ke Los Angeles.

"Akhirnya kami sudah boleh memulakan penggambaran dan ada daripada babak itu akan dilakukan di luar studio sambil mengikut langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan," katanya.

Sitkom Friends yang menjadi fenomena pada tahun 90-an mengisahkan tentang enam sekawan yang menetap di New York dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Ditayangkan selama 10 musim, Friends telah bersiaran dari tahun 1994 hingga 2004.

Friends Reunion akan mengimbau semula kenangan keenam-enam pelakon utama mereka iaitu Jennifer Aniston yang memegang watak sebagai Rachel, Courteney Cox (Monica), Lisa Kudrow (Phoebe), Matthew Perry (Chandler), Matt LeBlanc (Joey) serta David yang memegang watak Ross.

Mengikut perancangan asal, Friends Reunion sepatutnya dijadualkan bersiaran di saluran HBO Max pada Mei tahun lalu. - People.com

Artikel Lain