suria

Selepas Jo Byeong Gyu, Ji Soo pula didakwa ‘kaki buli’ semasa zaman sekolah

Ji Soo didakwa mencaci, memukul dan membuli rakan sekolahnya.

KEBELAKANGAN ini ramai selebriti Korea yang terpalit dengan dakwaan melakukan jenayah buli semasa mereka di zaman persekolahan.

Terbaharu, pelakon Ji Soo turut dituduh melakukan perkara yang sama apabila muncul seorang netizen mengaku rakan sekolahnya dan pernah menjadi mangsa buli.

Menerusi perkongsian di forum tempatan, individu berkenaan memberitahu dia merupakan teman sekelas Ji Soo pada tahun 2006 sehingga 2008.

Dakwanya, Ji Soo seorang pelajar nakal dan sering membuli pelajar sekolah lain.

"Saya ingin bercakap mengenai kekerasan di sekolah yang dilakukan oleh Ji Soo. Saya teman sekelasnya di Sekolah Menengah Seorabeol.

"Kim Ji Soo (nama sebenar Ji Soo) yang ada di televisyen berpura-pura bersikap baik dengan senyum tapi sebenarnya pelaku kekerasan, gangster dan suka menganggu, ” kata individu tersebut.

Dalam pada itu, netizen berkenaan turut mendakwa Ji Soo membuli pelajar lain setiap hari.

"Sejak itu, kehidupan persekolahan saya yang mulanya normal berubah menjadi salah satu yang menakutkan.

"Mungkin kerana saya mengatakan saya akan melaporkan kepada polis membuatkan mereka berhati-hati dengan saya," tambahnya.

Sementara itu, agensi pengurusan Ji Soo iaitu KeyEast Entertainment masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini.

Mereka memberitahu sedang menyiasat mengenai dakwaan tersebut.

SUMBER: Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain