suria

Rain tayang kediaman mewah, dedah sering makan luar tanpa isteri

Rain seorang yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan.

PELAKON dan penyanyi Korea Selatan, Rain berkongsi dengan peminat mengenai kehidupan peribadi termasuklah menunjukkan rumah dan kereta miliknya menerusi program bual bicara The Manager yang disiarkan di saluran MBC, baru-baru ini.

Selain memperlihatkan kediaman mewah yang lengkap dengan pelbagai fasiliti, Rain turut bercerita mengenai hobinya menjelajah beberapa kawasan menarik di Korea semata-mata mencari restoran yang menyajikan makanan enak.

Kata Rain, dia sanggup pergi bersendirian tanpa membawa isteri tercinta, Kim Tae Hee.



Rain sediakan ruang khas dijadikan gimnasium peribadi di kediamannya.

“Dahulu, saya sangat suka mencari tempat makan paling sedap sehingga saya boleh makan lima kali sehari.

“Kami tak boleh pergi bersama... saya dan isteri memiliki pola makan yang berbeza. Isteri saya jenis yang puas makan apa sahaja, dia makan semangkuk sup sudah cukup.

“Saya pula sebaliknya, cenderung untuk makan banyak. Saya suka mencuba pelbagai makanan termasuk daging, ikan dan sebagainya.

“Kadang-kadang saya ajak dia makan di restoran yang boleh menerima tempahan (reservation) tapi lokasi kegemaran saya tidak menerima reservation itu, ” ujarnya.

SUMBER: Soompi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain