suria

Tak mahu berkongsi kasih dengan Nissa Sabyan, isteri Ayus nekad tuntut cerai

Rumah tangga yang dibina Ayus dan Ririe Fairus musnah gara-gara Nissa Sabyan.

WALAUPUN nekad dengan keputusannya untuk berpisah, isteri pemain keyboard kumpulan Nissa Sabyan, Ririe Fairus masih tetap akan mengekalkan hubungan baik dengan Ayus Sabyan demi kebaikan anak-anak mereka.

Prosiding penceraian mereka yang berlangsung di Mahkamah Syariah Jakarta Utara pada Rabu telah ditangguhkan ke satu tarikh lain gara-gara Ayus tidak dapat menghadirkan diri pada perbicaraan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Ayus akui Nissa Sabyan berselingkuh dengan abangnya - “Memang benar mereka bercinta, saling mencintai satu sama lain”

"Kami masih berkomunikasi dengan baik lebih-lebih lagi dalam hal menguruskan anak.

"Perpisahan ini memang keputusan kami berdua, pihak Ayus pun sudah bersetuju dan kami berpisah secara baik," kata Ririe.

Keretakan rumah tangga Ayus dan Ririe disebabkan munculnya orang ketiga iaitu vokalis kumpulan Nissa Sabyan, Nissa yang didakwa bermain cinta dengan Ayus.

Ayus mengakui kecurangannya dengan menyatakan hubungannya dengan Nissa sudah berlanjutan sejak dua tahun lalu.

Ayus dan Ririe bernikah pada 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata. - Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain