suria

Adik Ayus akui Nissa Sabyan berselingkuh dengan abangnya - “Memang benar mereka bercinta, saling mencintai satu sama lain”

Nissa Sabyan dikatakan bermain cinta dengan rakan sekumpulannya, Ayus yang berstatus suami orang.

DUNIA hiburan negara seberang dihangatkan dengan kisah vokalis kumpulan Sabyan Gambus iaitu Nissa Sabyan yang dikatakan bermain cinta dengan suami orang iaitu pemain keyboard kumpulan tersebut, Ayus.

Memetik DetikHot, adik Ayus, Fadhila Nova mendakwa Nissa merupakan orang ketiga yang menganggu rumah tangga abang dan kakak iparnya, Ririe Fairus.

"Iya benar, orang ketiga adalah Nissa Sabyan.

"Memang benar mereka bercinta. Abang saya dan Nissa sendiri mengaku yang mereka saling mencintai satu sama lain," kata Nova.

Menurut Nova lagi, keluarga mereka sudah mengetahui mengenai kisah kecurangan abangnya sejak dua tahun lalu.

Sehubungan itu, isteri Ayus dikatakan sudah memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Jakarta Utara, baru-baru ini.

Sehingga ke hari ini, Nissa dan Ayus masih berdiam diri dan tidak tampil memberikan kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Sementara itu, pengurus Sabyan Gambus, Owan mengatakan pihak mereka tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut berhubung isu tersebut.

Dalam pada itu, kebanyakan netizen sudah menyerang laman Instagram Nissa dengan menuduhnya wanita perampas.

Nova bagaimanapun mengambil peluang itu dengan meninggalkan komen di Instagram Nissa, 'memujuk' netizen agar tidak menyerang Nissa.

"Saya tahu anda semua sakit hati dengan perbuatan dia, sama juga dengan keluarga saya.

"Tapi kita jangan balas dengan kejahatan sebab setiap perbuatan (jahat) pasti akan ada balasannya daripada Allah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain