suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rossa malu-malu Afgan selalu pandang tepat pada mata ketika di pentas, keserasian bukan rekaan

Rossa

UMUM mengetahui penyanyi Rossa dan Afgan mempunyai hubungan yang sangat rapat sehingga timbul gosip mengatakan mereka bercinta.

Bagaimanapun kedua-duanya pernah menafikan dakwaan tersebut.

Malah keserasian dan aksi romantik pasangan itu setiap kali membuat persembahan di atas pentas juga menjadi perhatian peminat.

Namun menurut Rossa, keserasian antara mereka wujud secara semula jadi dan turut mengakui dia berasa malu saat Afgan memandang terus ke matanya ketika menyanyi bersama di pentas.

"Sejujurnya kami memang rapat dan keserasian antara kami tidak dibuat-buat. Tapi saya sebenarnya akan berasa malu apabila Afgan melihat terus ke mata saya ketika menyanyi," akui Rossa.

Pasangan itu bakal mengadakan konsert secara maya berjudul Afgan Rossa The Concert 2021 yang akan bersiaran pada 27 Mac depan. Sumber Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain