suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tidak lagi berhubung, Ayu Ting Ting hanya titip doa buat bekas kekasih - “Tiada apa yang perlu disesali, semua terjadi kehendak Allah”

Keputusan Ayu Ting Ting membatalkan pernikahan dengan Aditya mengejutkan peminat.

SELEPAS mengambil keputusan untuk membatalkan pernikahan pada saat-saat akhir, penyanyi terkenal Ayu Ting Ting tetap mendoakan yang baik-baik untuk bekas kekasihnya iaitu Aditya Jayusman.

Ayu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya memberitahu dia dan Aditya tidak lagi berhubung antara satu sama lain selepas memutuskan untuk berpisah.

Biarpun hasratnya untuk berkahwin musnah, namun Ayu yang juga seorang pelakon tetap menganggap apa yang terjadi merupakan takdir yang sudah tertulis dan bersyukur dapat belajar banyak perkara.

"Saya berharap dia baik-baik sahaja dan semoga sentiasa diberkati serta dalam lindungan Allah. Hubungan kami sekarang sudah tamat dan tidak lagi berhubung satu sama lain. Insya-Allah semuanya baik-baik sahaja.

"Tak apa yang perlu disesali sebab semua yang terjadi sudah kehendak Allah. Jadi, saya berasa bersyukur dapat belajar banyak perkara dan apa yang terjadi, ada hikmahnya juga," kata Ayu.

Pada 4 Februari lalu, Ayu mengejutkan peminatnya dengan mengumumkan majlis pernikahannya dengan Aditya yang sudah siap seratus peratus dibatalkan pada saat-saat akhir.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia