suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Nicki Minaj maut dalam kejadian langgar lari di New York

Pihak polis kini sedang mengesan pemandu kenderaan yang menyebabkan kematian bapa Nicki Minaj.

BAPA penyanyi Nicki Minaj, Robert Maraj, 64, meninggal dunia selepas menjadi mangsa langgar lari di Long Island, New York pada petang Jumaat lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak polis hari ini, bapa Nicki dilanggar sebuah kereta ketika sedang berjalan kaki di persimpangan jalan di Mineola.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas tiga bulan, Nicki Minaj akhirnya dedah wajah anak sulung

Kereta yang melanggarnya terus lari meninggalkan tempat kejadian sebaik insiden itu berlaku.

Bapa Nicki kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun disahkan telah meninggal dunia pada Sabtu.

Pihak polis kini sedang mencari saksi kejadian bagi membantu siasatan kes tersebut.

Penyanyi lagu Anaconda itu sehingga kini masih belum tampil memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung berita kematian bapanya itu. - The Guardian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia