suria

Azriel, Aurel Hermansyah positif Covid-19… Krisdayanti kirim doa, selawat minta anak cepat sembuh

Krisdayanti berdoa supaya anak cepat sembuh daripada jangkitan Covid-19.

PENYANYI popular dari Indonesia, Krisdayanti mengakui tidak senang duduk apabila mengetahui dua anaknya iaitu Azriel dan Aurel Hermansyah disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.

Menurut laporan Liputan6, Krisdayanti berkata selepas mendapat tahu berita tersebut, dia segera menghubungi kedua-dua anaknya itu bagi bertanya khabar.

Malah dia turut mengirimkan doa supaya Azriel dan Aurel segera sembuh.

"Saya berselawat untuk anak-anak, mendoakan mereka cepat sembuh dan imun badan kuat melawan virus supaya tak perlu terlalu lama mendapatkan rawatan," katanya.



Krisdayanti bersama dua anaknya, Aurel dan Azriel.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Menghitung Hari ini menyedari ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Ini termasuklah dirinya yang terpaksa berjauhan dengan suami, Raul Lemos yang kini berada di Timur Leste.

"Timur Leste lockdown dari bulan Julai 2020. Ya dari bulan itu masih belum berjumpa," katanya.

Untuk rekod, Azriel dan Aurel merupakan anak Krisdayanti hasil perkahwinan dengan Anang Hemansyah.

Bagaimanapun mereka bercerai pada tahun 2009.

Anang kemudiannya berkahwin dengan penyanyi Ashanty pada tahun 2012.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain