suria

Selepas DJ Nathalie, DJ Katty Butterfly pula peluk Islam selepas tenang dengar azan subuh

DJ Katty Butterfly peluk Islam pada Khamis lalu.

SELEPAS DJ Nathelie Holscher kini rakannya DJ Katty Butterfly mendedahkan sudah memeluk agama Islam pada ulang tahun ke-32 pada Khamis lalu.

Katty yang berasal daripada Thailand memuat naik sebuah foto dirinya bersama pendakwah terkenal Gus Miftah yang bertanggungjawab mengislamkan wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ popular Nathalie Holscher peluk Islam selepas terima hidayah dalam mimpi

"Assalamualaikum... Alhamdulillah hari ulang tahun saya, saya mahu membuka lembaran baru dengan memeluk Islam. Saya sangat bahagia sekali, doakan saya istiqamah," tulisnya.

Katty turut memuat naik sebuah video di saluran YouTube yang memaparkan detik dia mengucapkan dua kalimah syahadah.

Dia turut menceritakan bahawa dia tertarik dengan Islam sejak enam tahun lalu.

"Sudah lama sangat iaitu ketika enam tahun lalu. Saya ingin belajar tapi tidak sempat.

"Lama kelamaan selepas dapat maklumat sedikit demi sedikit tentang Islam saya dapat rasa ketenangan," ujarnya.

Sementara itu, Gus Miftah memberitahu bahawa Katty pernah mengaku tenang ketika mendengar azan subuh setiap kali pulang daripada kerjanya sebagai DJ.

"Dia pernah beritahu hatinya tenang setiap kali dengar azan subuh selepas pulang dari kerja," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain