suria

Kesal sikap boros ketika pandemik Covid-19, Nia Ramadhani jual semula barang-barang mewah baru dibelinya

Nia menunjukkan koleksi barang-barang yang dibelinya ketika pandemik Covid-19.

PELAKON Indonesia Nia Ramadhani yang sering bergaya dengan barang-barang mewah mengaku banyak melakukan perbelanjaan tidak sepatutnya ketika pandemik Covid-19.

Atas kesedaran itu, Nia, 30, yang dikenali dengan watak Bawang Merah menerusi sinetron Bawang Putih Bawang Merah membuat keputusan untuk menjual semula barang-barang yang baru dibelinya.

Dia juga merancang untuk mendermakan hasil jualan itu kepada pihak yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Saya sudah pilih barang-barang yang saya jarang pakai dan sudah mengasingkannya, mulai sekarang saya berjanji dengan diri saya untuk berubah dan tidak lagi menjadi seorang yang boros” tulisnya.



Nia mahu menjual semula barang-barang tersebut.

Video yang dimuat naik menerima hampir 1.9 juta kali tontonan dan lebih 2,000 komen positif dan negatif terhadap tindakan pelakon itu.

Seperti dipetik Liputan6, beberapa hari lalu Nia terlihat bercerita tentang barang-barang mewah di sebuah program televisyen bersama Jessica Iskandar.

Menerusi program itu, Nia mengakui memakai jam tangan lutsinar yang berharga kira-kira RM140,000.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Nia Ramadhani, pelakon Indonesia

Artikel Lain