suria

Cincin tunang Gwen Stefani berharga lebih RM2 juta, ditempah khas oleh Blake Shelton

Gwen berkongsi berita gembira dia dan Blake sudah bertunang pada Selasa lalu.

CINCIN pertunangan bertatahkan berlian pemberian pemuzik Blake Shelton kepada penyanyi Gwen Stefani pada Selasa lalu menarik perhatian umum.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu cincin tersebut ditempah khas oleh Blake dengan harga kira-kira lebih RM2 juta.

"Blake menempah khas cincin pertunangan itu. Difahamkan cincin itu dianggarkan berjumlah lebih 500,000 USD," kata sumber terdekat.

Bagaimanapun Blake enggan mengulas mengenai perkara itu dan membiarkan semua pihak membuat spekulasi sendiri.

Gwen mula menjalinkan hubungan cinta dengan Blake sejak 2015 selepas bertemu pertama kali ketika menjadi juri tetap program The Voice pada 2014.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain