suria

Kylie Jenner sedih Stormi semakin membesar, rancang tambah anak kedua

Kylie mempunyai seorang anak perempuan, Stormi yang kini berusia dua tahun.

SETELAH dua tahun bergelar ibu, bintang realiti TV terkenal iaitu Kylie Jenner berasa teruja namun tetap berasa sedih melihat anak perempuannya iaitu Stormi Webster semakin membesar.

Memetik laporan Hollywoodlife.com, Kylie juga meluahkan hasrat untuk mempunyai anak kedua secepat yang mungkin.

"Saya teruja melihat perkembangan anak saya tetapi pada masa yang sama saya juga sedih. Seboleh-bolehnya saya memang mahukan anak lagi.

"Cuma saya rasa belum masa yang sesuai kerana saya sangat sibuk akhir-akhir ini," kata Kylie.

Sebelum ini, kakak kepada model terkenal Kendall Jenner pernah menyatakan hasratnya untuk mempunya empat orang cahaya mata sebelum mencapai umur 30 tahun.

Stormi yang kini berusia dua tahun merupakan hasil hubungan Kylie Jenner bersama pasangannya yang juga penyanyi Travis Scott.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain