Ifan Seventeen berang dituduh curang ketika isteri masih hidup - “Datang jumpa atau saya sendiri akan cari anda”

Ifan mahu pemilik dua akaun IG yang menuduhnya curang tampil bertemu dengannya.

VOKALIS kumpulan Seventeen iaitu Riefian Fajarsyah atau Ifan meluahkan rasa berang terhadap dua akaun Instagram yang menuduhnya berlaku curang ketika Allahyarham isterinya, Dylan Sahara masih hidup.

Menerusi laporan Liputan6, dua akaun Instagram tersebut mendakwa seorang vokalis yang menjadi mangsa tsunami Selat Sunda pada Disember 2018 itu pernah berlaku curang.

Biarpun tidak menyebut nama vokalis tersebut namun rata-rata netizen dapat meneka individu yang diperkatakan itu adalah Ifan.

Sehubungan itu Ifan mengajak pemilik dua akaun tersebut bertemu secara berdepan memandangkan tuduhan tersebut telah memberikan impak negatif terhadap diirnya.

Ifan berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya.

"Pemilik akaun itu sudah mesej di Instagram dan saya sudah berikan nombor telefon untuk dihubungi. Sama ada anda datang berjumpa saya atau saya sendiri akan cari anda," tegas Ifan.

Tsunami yang melanda Selat Sunda pada 22 Disember 2018 mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten.

Bagaimanapun vokalisnya, Ifan atau Riefan Fajarsyah, 35, terselamat dalam bencana alam itu namun isteri penyanyi itu, Dylan Sahara ditemui mati.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain