Nia Ramadhani sewa rumah khas untuk anjing, baru tahu sayur perlu disimpan dalam peti ais!

Nia Ramadhani baru tahu sayur perlu disimpan dalam peti ais untuk kekal segar.

PELAKON Nia Ramadhani kembali menjadi perbualan hangat netizen apabila mengakui tidak mengetahui sayur-sayuran boleh disimpan di dalam peti ais.

Menurut laporan Liputan6, Nia hairan apabila pembantu rumah memintanya mengalihkan sayur yang baru dibeli ke dalam peti ais.

"Memang sayur-sayuran masuk peti ais ya? Saya tak tahu, bukan biarkan begitu sahaja?," tanya Nia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada sesiapa boleh tolong?” - Nia Ramadhani takut goreng telur, bimbang terkena minyak panas

"Ini untuk sayur, layu kalau dibiarkan begitu sahaja," jawab pembantunya.



Nia Ramadhani tunjuk rumah sewa khas untuk anjing peliharaannya.

Sementara itu, menerusi laman YouTube Nyonya Bos, pelakon drama Bawang Merah Bawang Putih ini menunjukkan rumah mewah yang baru disewa olehnya itu.

Rumah tersebut bukan untuk diduduki oleh mereka sekeluarga, sebaliknya menempatkan seekor anjing peliharaan yang diberi nama Maximus Bakrie.

Rumah banglo tiga tingkat itu disewa dengan nilai 460 juta Rupiah atau RM129,000 bagi tempoh enam bulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain