suria

BTS lancar album ‘BE’ November depan, peminat seluruh dunia makin tak sabar

Album BTS berjudul BE akan dilancarkan pada November depan.

KUMPULAN K-Pop terkenal iaitu BTS membuatkan peminatnya tidak keruan menantikan pelancaran album terbaharu mereka berjudul BE.

Memetik laporan Soompi, BTS menerusi akaun Twitter dan aplikasi Weverse mengumumkan album terbaharu mereka itu akan dilancarkan secara rasmi pada 20 November depan.

Menerusi vlog sepanjang tahun, album itu juga menampilkan penglibatan secara langsung daripada anggota BTS bukan sahaja dalam pembikinan muzik tetapi juga daripada segi konsep, komposisi dan reka bentuk.

Malah album BE itu juga telah dilancarkan secara edisi deluxe dan peminat boleh membuat tempahan sejak Isnin lalu.

Peminat kumpulan yang popular menerusi lagu Boy With Luv ini meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk mendapatkan album tersebut.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

BTS, Kpop, Idol, peminat, penyanyi, hiburan, album,

Artikel Lain